Nasional

Sejarah kenegaraan perlu difahami oleh anak-anak muda – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Petang semalam, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah meluncurkan Modul Latihan Malaysia Madani yang bertunjangkan pada sejarah kenegaraan yang akan digunakan dalam kursus-kursus latihan oleh Akademi Kenegeraan Malaysia.

Selain daripada sejarah kenegaraan, fokus yang lain dalam modul tersebut termasuklah dengan pemahaman terhadap Perlembagaan Persekutuan dan penghayatan Rukun Negara, bermatlamat membina kekuatan baharu dalam kalangan anak muda supaya berkeperibadian unggul, memahami negara dan cinta akan negara.

Menurut Anwar, kekuatan yang baharu itu adalah untuk melatih mereka memiliki pelbagai kelebihan.

“Kekuatan baharu ini bagi melatih anak-anak muda memiliki kebijaksanaan, kewarasan serta jati diri yang hebat selaras nilai-nilai MADANI, sekali gus menolak kebencian, tohmahan dan permusuhan kerana perbezaan warna kulit, keturunan, darjat dan agama.”

Anwar Ibrahim.

Tambahnya lagi, kekuatan tersebut penting untuk ditanam dalam hati anak-anak muda yang kini semakin kerap menghadapi isu suara-suara jahat yang mengajak mereka untuk mengeluarkan kata kata dalam perkara yang sempit seperti kebencian terhadap pelbagai bangsa, agama yang jauh dari nilai yang sebenar-benarnya.

Modul yang diluncurkan itu juga mengandungi aspek sejarah negara bertujuan untuk menghargai perjuangan dan pengorbanan pemimpin dalam mencapai kemerdekaan.

Anwar berkata ;

“Inilah tugas besar buat anak-anak muda hari ini yang perlu memahami sejarah pembinaan negara bangsa yang merdeka. Negara ini merdeka untuk berdaulat, merdeka untuk membela nasib rakyat, merdeka untuk meletakkan dasar tatakelola, pemerintahan dan kenegaraan yang baik serta menentang tentang kecurangan, kebobrokan dan rasuah.”

SUMBER : FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

Related Articles

Back to top button