KUALA LUMPUR, 29 Jan – Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) menyatakan sokongan penuh terhadap usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memperkukuh larangan pembelian petrol RON95 oleh kenderaan pendaftaran asing di semua stesen minyak seluruh negara.
Menurut MPPN, langkah tersebut penting bagi memastikan subsidi petrol yang disediakan kerajaan benar-benar dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia dan tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak layak. Pengerusinya, Mohd Khair Ngadiron berkata, kerangka perundangan sedia ada ketika ini hanya membolehkan tindakan diambil terhadap pengusaha stesen minyak, bukan pembeli.
“Dengan cadangan peruntukan baharu di bawah Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961, larangan bukan sahaja tertumpu kepada penjualan, malah meliputi pembelian. Ini akan menjadikan penguatkuasaan lebih adil dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan media.
MPPN turut menegaskan bahawa ketirisan subsidi boleh mengakibatkan beban fiskal yang tinggi kepada kerajaan dan akhirnya menjejaskan kepentingan pengguna tempatan. Selain itu, ia membuka ruang kepada penyalahgunaan sumber awam oleh pihak asing.
Dalam masa sama, MPPN melihat langkah ini sebagai usaha strategik untuk memastikan pasaran petrol kekal telus, adil serta mampan, sekali gus memperkukuh tadbir urus subsidi negara.
MPPN menggesa semua pihak termasuk pengusaha stesen minyak dan pengguna tempatan memberi kerjasama penuh terhadap pelaksanaan dasar ini demi kepentingan rakyat dan kestabilan ekonomi negara.