Hiburan

“Ultraman pun dah kahwin” Netizen terhibur melihat bersanding pakai kostum

KUALA LUMPUR – Hari persandingan untuk pasangan yang baru sahaja melalui proses nikah adalah momen yang berharga untuk setiap pasangan suami isteri di luar sana.

Cuma, kali ini ia akan lebih diingati oleh pasangan dan juga netizen kerana keunikkan majlis persandingan yang menunjukkan suami memperagakan kostum Ultraman atau lebih dikenali sebagai Ultraman Taro.

@ziesenin98

Alhamdulillah bersyukur saya jumpa isteri bercahaya yang cerah di langit dan bumi …sehingga kedua2 pihak keluarga kami supportif minat kami2 sambil membuat majlis besaran luar biasa untuk kami terima kasih dan sayang isteri dan sayang semua sekeluarga ❤️❤️❤️❤️ #ultraman #ultramantaro #majliskawin #sayangkeluarga #sayangisteri #hobbies #collection #fypシ #selamatpengantinbaru #mirisarawak #sarawak

♬ golden hour – JVKE
SUMBER – TIKTOK (@ziesenin98)

Dalam perkongsian TikTok @ziesenin98, difahamkan majlis persandingan itu diadakan di Miri, Sarawak, pengantin lelaki yang memakai kostum Ultraman Taro itu didampingi pengantin perempuan yang memakai busana pengantin serba merah hati. 

Alhamdulillah bersyukur saya jumpa isteri bercahaya yang cerah di langit dan bumi …sehingga kedua2 pihak keluarga kami supportif minat kami2 sambil membuat majlis besaran luar biasa untuk kami terima kasih dan sayang isteri dan sayang semua sekeluarga ❤️❤️❤️❤️

ZieSenin98 di kapsyen video TikTok.

“Akhirnya Ultraman kahwin juga…” 

Celoteh netizen di ruangan komen pemilik video tersebut.

Perkongsian di TikTok itu sudah pastinya menarik perhatian netizen kerana ianya sesuatu yang sangat luar biasa dan unik.

SUMBER : LOBAK MERAH

Related Articles

Back to top button