Teknologi

Transaksi melebihi RM100 mesti disahkan menggunakan SecureTAC

CIMB secara rasmi telah menyatakan bahawa semua transaksi FPX bernilai lebih daripada RM100 memerlukan pengesahan melalui SecureTAC pada program CIMBClicks mulai 19 Mac 2023.

Tindakan ini dilakukan untuk menangani isu penipuan di samping menambah baik keselamatan perbankan dalam talian CIMB.

Oleh kerana CIMB OCTO tidak menyokong fungsi SecureTAC, pelanggan masih perlu menggunakan CIMBClicks bersama-sama untuk pengesahan transaksi. Ciri-ciri selanjutnya akan ditambah oleh CIMB pada masa hadapan.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button