Berita

Israel Terus Bunuh Kanak-Kanak Di Gaza

KHAN YOUNIS – Kekejaman Israel berterusan dengan serangan terbaharu Zionis itu yang telah membunuh dan mencederakan puluhan lagi rakyat Palestin di Khan Younis, pada Ahad.

Antara yang maut dan cedera adalah kanak-kanak yang telah dibawa ke hospital di bandar itu selepas serangan udara melanda rumah mereka di selatan Gaza.

Israel Terus Bunuh Kanak-Kanak Di Gaza

Sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin telah dibawa ke hospital, manakala kumpulan penyelamat sedang meneruskan usaha mencari mayat di bawah runtuhan bangunan.

Israel Terus Bunuh Kanak-Kanak Di Gaza

Lebih 22,800 rakyat Palestin telah terbunuh dalam perang di Gaza yang kebanyakkannya adalah wanita dan golongan kanak-kanak.

Dalam pada itu, kira-kira 85 peratus daripada 2.3 juta penduduk Gaza juga telah kehilangan tempat tinggal dengan kebanyakkaknnya masih mencari perlindungan di zon selamat yang ditetapkan oleh Israel di Selatan Gaza.

Namun, Israel yang kerap melakukan serangan di kawasan tersebut telah menyebabkan ramai rakyat Palestin merasakan bahawa tiada tempat yang selamat untuk mereka berlindung di wilayah itu.

Sumber: Astro Awani

Related Articles

Back to top button