Majlis makan malam dan ramah mesra malam bersama Mahasiswa Kepala Batas

Dato’ Sri Reezal Merican mengambil peluang untuk meluangkan masanya di majlis makan malam dan ramah mesra malam bersama Mahasiswa Kepala Batas.
Menurutnya, dia telah berkongsi kepada anak-anak ini perihal perjuangan, terutamanya dalam aspek pendidikan dan bagaimana landskap Kepala Batas ini berubah daripada sebuah “pekan koboi” kepada bagaikan Kota Pendidikan di Pulau Pinang.

“Tidak lain semestinya ia adalah hasil perjuangan, titik peluh juga visi pemimpin terdahulu daripada saya yang mencorak cukup cantik pembangunan Kepala Batas demi untuk dinikmati generasi baharu.” katanya.
Berkat perjuangan Ayahanda Tun Abdullah Ahmad Badawi selama 35 tahun sebelum diwariskan kepada saya, kini apa sahaja yang tiada di Kepala Batas.. selain banyak institusi pengajian tinggi, yang paling ketara dahulunya Kepala Batas hanya mempunyai 12 buah sekolah, kini berkembang kepada 46 buah sekolah. Alhamdulillah.
Beliau menekankan kepada anak-anak ini untuk memanfaatkan nikmat ini, berjuanglah di dalam pendidikan, jadi graduan berjaya, banggakan Kepala Batas, jika saya kini anak Kepala Batas seorang menteri, saya doakan anak-anak ini akan lebih hebat lagi.
Ini bumi yang kita pijak, ini langit yang kita junjung, berjuanglah anak-anak membawa nama Kepala Batas terus megah dan tersohor.



