Sukan

Sukan Asia: Beregu Badminton Aaron-Wooi Yik Mara Ke Suku Akhir

Beregu Badminton No.1 Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memastikan hasrat mereka untuk membawa pulang pingat daripada acara badminton individu di temasya Sukan Asia 2022 tidak terkubur begitu sahaja.

Pasangan beregu yang terkini dalam kedudukan kelima dunia itu memastikan hasrat mereka tercapai apabila mencatatkan kemenangan ke atas wakil Thailand, Supak Jomkoh dan Kittinupong Kedren pada peringkat Pusingan 16, hari ini.

Dalam pertarungan tersebut, Aaron-Wooi Yik berhasil merakamkan kemenangan secara “straight set” dengan keputusan 21-12 dan 21-14 dalam tempoh masa setengah jam permainan sahaja.

Dalam masa yang sama, kemenangan ini turut menjadikan Aaron-Wooi Yik mencatatkan dua kemenangan berturut-turut secara “head-to-head” ke atas Supak-Kittinupong di pentas antarabangsa.

Pertemuan sulung mereka adalah ketika acara sukan badminton Terbuka Perancis 2021, dimana Aaron-Wooi Yik turut sama melakar kemenangan secara “straight set” dengan catatan skor 21-12 dan 21-12 juga dalam tempoh masa sekitar setengah jam.

Sementara itu, Aaron-Wooi Yik yang mara ke peringkat suku akhir akan menantikan cabaran samada daripada pasangan beregu China, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi (kedudukan kelapan dunia) atau gandingan juara dunia dari Korea, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae untuk merebut tiket ke separuh akhir.

Sumber: Sukanz

Related Articles

Back to top button