Son dan Maddison bergabung tenaga, Spurs melonjak naik ke puncak liga – Liga Perdana Inggeris

LONDON – Selepas perlawanan terkini Liga Perdana Inggeris antara Tottenham Hotspurs dan Fulham, kemenangan pasukan kendalian Ange Postecoglou tersebut melonjak naik ke puncak liga dua mata diatas kelab tersohor, Manchester City.
Ini boleh dikatakan “pembalasan dendam” selepas Fulham sendiri menyingkirkan Spurs pada perlawanan Piala Liga, 30 Ogos yang lalu.
Kemenengan tersebut membukti pengaruh Ange Postecoglou ke dalam skuad Spurs pada musim ini membuahkan hasil setakat ini, dengan masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 9 perlawanan.
Beliau memuji kualiti pemain Spurs, lebih spesifiknya Maddison dan Son yang dianggap sebagai “ketua” dalam skuad kerana pengalaman dan kebolehan mereka di dalam dunia bola sepak.
Son Heung Min, pemain antarabangsa Korea Selatan tersebut memberi pasukan Spurs gol pendahuluan pada minit ke-36 dengan hantaran Richarlison susulan kesilapan yang dilakukan oleh pasukan Fulham.
Gol tersebut merupakan gol ketujuh beliau dalam liga setakat ini, bersaing rapat dengan penjaring teratas liga, Erling Haaland dengan 9 gol.
Pada minit ke-54, James Maddison memberikan skuad mereka dalam kedudukan yang selesa dengan gol kedua yang juga datang dari kesilapan pemain-pemain Fulham.
Berikutan prestasi skuad Spurs yang meningkat naik selepas kedatangan Ange Postecoglou memberikan mereka semangat baharu untuk sekurang-kurangnya menjulang apa apa piala kerana masalah ketandusan piala dalam kabinet mereka sejak tahun 2008.




