Uncategorized

PM Anwar Tonjol Pendekatan Politik Matang, Hargai Peranan Pihak Berkuasa Dalam Himpunan Pembangkang

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Pendekatan politik matang dan berhemah sekali lagi dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa keselamatan atas peranan mereka memastikan himpunan pembangkang semalam berlangsung dengan aman dan terkawal.

Kenyataan itu jelas memperlihatkan komitmen kerajaan Madani untuk menghormati prinsip demokrasi serta hak rakyat berhimpun, walaupun berdepan perbezaan pendapat politik.

“Kerajaan tidak akan menghalang mana-mana pihak menyatakan pandangan, tetapi ia mesti dilaksanakan secara tertib dan mengikut lunas undang-undang. Saya menghargai profesionalisme pasukan keselamatan yang memastikan keamanan awam tetap terpelihara,” katanya di Putrajaya, hari ini.

Langkah Perdana Menteri ini juga dilihat sebagai mesej politik bahawa kerajaan pimpinannya bukan hanya menekankan aspek pembangunan ekonomi, malah menghormati hak demokrasi rakyat tanpa mengorbankan kestabilan negara.

Penganalisis politik berpendapat, pendirian Anwar berhubung himpunan tersebut menunjukkan keyakinan kerajaan terhadap kekuatan mandat rakyat yang diperoleh, selain usaha mengekalkan imej pentadbiran Madani sebagai kerajaan inklusif dan terbuka terhadap perbezaan pandangan.

“Ini isyarat bahawa kerajaan yakin, tidak gentar dengan perbezaan suara dan tetap mengutamakan ruang demokrasi yang matang,” kata seorang penganalisis politik ketika dihubungi.

Pendekatan ini dilihat mampu meredakan ketegangan politik serta memberi mesej bahawa kerajaan bersedia mendengar, namun tetap bertegas terhadap sebarang tindakan yang mencabar ketenteraman awam.

Related Articles

Back to top button