
KUALA LUMPUR – Baru baru ini tular video di platform Facebook berkenaan seorang individu menjumpai seekor katak yang telah mati di dalam lemang yang dibelinya.
Individu tersebut berkata sebelum ini lemang yang dibeli di Warisan Zali semuanya elok belaka namun dia berkata kali ini bukan rezekinya.
Insiden seperti bukan lah sesuatu yang baru kerana sebelum ini pernah juga terjadi kes seperti ini dan menurut netizen dalam ruangan komen ianya tidak disengajakan namun peniaga kena lebih berwaspada.
Netizen ramai mengatakan kejadian tersebut memang tidak disengajakan kerana kelakuan katak yang cepat dan tidak boleh dijangka mungkin menjadi salah satu faktor terjadinya kes sebegini.
Peniaga juga dinasihatkan supaya lebih peka dan berhati-hati dalam menyediakan makana untuk memastikan keterjaminan kualiti makanan tidak diganggu oleh “anasir” luar.
Geli geleman rasa tengok lemang tu ? Apa pendapat anda ?
SUMBER : FACEBOOK




