Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik 2022

Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik
Dana ini bertujuan memudah dan menggalakkan penggiat industri dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan berkaitan muzik yang berdaya cipta dan berupaya dipasarkan di pasaran tempatan dan antarabangsa serta membangunkan modal insan yang bermutu bagi mengembangkan potensi industri muzik dan membangunkan industri muzik yang berdaya saing dan memberi impak ekonomi yang positif.
Dana Persembahan Muzik
Dana di bawah DKD Industri Muzik ini memberi tumpuan kepada penganjuran acara berbentuk persembahan atau konsert awam yang mengetengahkan bakat-bakat tanahair dan juga menjana perkerjaan untuk penggiat industri muzik.
Nilai Geran
Jumlah sebanyak RM150,000 atau RM300,000 bagi setiap permohonan* yang berjaya, tertakluk pada terma dan syarat dalam Garis Panduan DKD Industri Muzik.
Syarat Kelayakan
*Dibuka kepada syarikat berdaftar sahaja
*Tempoh perlaksanaan sebelum 30 Ogos 2023
Cara Memohon
Sekiranya anda layak dan ingin membuat permohonan, boleh terus klik link di bawah.



