Hampir lemas, perahu penambang karam di Kuching

KUCHING – Berikutan detik cemas yang dihadapi oleh 20 penumpang termasuklah 11 pelajar sekolah menengah di Sungai Sarawak pagi tadi.
Ia terjadi kira kira pada pukul 6 pagi tadi apabila perahu penambang yang dinaiki oleh mereka karam dalam keadaan membawa penumpang serta enam motosikal menyeberangi sungai berkenaan.
“Polis meminta orang ramai supaya mengelak daripada membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu,”katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah menyatakan dalam satu kenyataan bahawa kejadian tersebut terjadi di kawasan pengkalan Balang, Kampung Beradek.
Beliau juga menasihatkan semua supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap insiden tersebut, tambahnya lagi.
Dilaporkan kesemua 20 penumpang terselamat daripada insiden yang berlaku pagi tadi dengan berenang ke tepi tebing.



