Hiburan

Pelancong terlalu “riuh”, Pak Nil pandai tenangkan situasi

KUALA LUMPUR – Dengan kepelbagaian budaya di Malaysia, sudah semestinya negara kita menjadi salah satu tumpuan untuk pelancong melancong ke negara kita.

Tapi, kadang kala pelancong terbawa-bawa budaya mereka di negara kita dan ada sesetengah pihak akan merasakan benda itu tidak patut dibuat.

Dua hari lepas berdasarkan video hos terkenal di Malaysia, Datuk Aznil Bin Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil menunjukkan cara beliau tenangkan situasi dimana pelancong yang dikatakan berasal dari China berborak sesama mereka dalam keadaan yang terlalu “riuh”.

@datukaznilnawawi

Pilihan di tangan anda. Nak keruhkan keadaan atau sebaliknya. Kejadian berlaku dalam ETS @KTMB baru2 ni ketika perjalanan Paknil ke Buttetworth.

♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi – Datuk Aznil Nawawi

Seperti yang dilihat dalam video, Pak Nil yang sedang menaiki ETS dalam perjalanan ke Butterworth mengadu dalam video bahawa pelancong dari China itu berborak sesama mereka dengan suara yang terlalu kuat hingga menggangu beliau.

Namun, solusi yang dilakukan oleh Pak Nil menarik minat netizen dengan betapa tenangnya beliau menguruskan situasi itu dengan tidak memarahi pelancong tersebut.

Pak Nil dengan cara percakapannya yang mesra dan ramah menyapa pelancong tersebut dengan menggunakan bahasa Melayu.

Pelancong tersebut yang datang dari China tidak memahami satu perkataan pun yang dikeluarkan dari mulut Pak Nil dan dia menggunakan aplikasi penterjemah bahasa untuk cuba berborak dengan Pak Nil.

Dalam masa yang sama, situasi tersebut menjadi tenang dan pelancong tersebut pun bercakap dengan biasa semula kerana secara tiba-tiba berborak dengan Pak Nil.

Netizen di ruangan komen memuji cara Pak Nil tenangkan situasi dan mengatakan inilah sebabnya beliau digelar “Pengacara nombor 1” di Malaysia.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut mempunyai 106.8 ratus ribu tontonan dan 6900 likes.

SUMBER : LOBAK MERAH

Related Articles

Back to top button