Berita

Kerajaan MADANI Perkukuh Keselamatan Serantau: Kerjasama Trilateral Malaysia-Indonesia di Laut Sulu & Sulawesi Diperhebat – PM Anwar

Jakarta, 29 Julai – Kerajaan MADANI terus membuktikan komitmen dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa kerjasama keselamatan Malaysia-Indonesia-Filipina di Laut Sulu dan Laut Sulawesi akan diperhebat.

Menurut Perdana Menteri, usaha bersepadu di bawah Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) ini membolehkan ketiga-tiga negara meningkatkan rondaan bersama, perkongsian risikan, dan tindakan pantas menangani ancaman jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dan kegiatan lanun.

“Keselamatan maritim adalah keutamaan negara. Kerajaan MADANI akan pastikan perairan kita bebas daripada ancaman dan memberi keyakinan kepada rakyat, pelabur dan pelancong,” tegas Perdana Menteri.

Langkah ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memperkukuh hubungan diplomatik serantau, sekaligus memastikan kawasan Pantai Timur Sabah dan perairan strategik negara terus selamat.

Kerajaan yakin usaha ini akan membuka lebih banyak peluang ekonomi, meningkatkan pelancongan, dan mengukuhkan kepercayaan antarabangsa terhadap Malaysia sebagai hab perdagangan yang selamat di rantau ini.

Related Articles

Back to top button