Teknologi

Internet Untuk Semua Pemangkin Ekonomi Digital

Perkara asas dalam ekonomi digital ialah internet mesti laju, murah, dan stabil, menurut Menteri Fahmi Fadzil.

Internet laju, stabil dan murah untuk rakyat merupakan dasar jalur lebar yang bijak kunci ekonomi digital yang pesat dan berdaya saing.

Dasar jalur lebar menjadi pelaburan yang bijak jika dirancang dengan betul. Tersalah langkah, ia menyebabkan harga data dan peranti pintar di luar capaian pengguna kebanyakan, sekali gus membataskan liputan dan menyebabkan sebahagian besar masyarakat “offline”.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memulakan langkah dengan inisiatif Pakej Internet Perpaduan kerana betapa perlunya internet laju stabil dan murah. Dengan tawaran mampu milik yang menyasarkan golongan belia dan B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera (ATM), pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agansi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta penduduk projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA).

Seiring dengan prinsip Malaysia Madani ke arah mencipta “dekad keemasan digital negara”, ia merupakan sebahagian pelan strategik KKD membangunkan ekonomi digital.

Terdapat tiga pakej iaitu Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih (Prepaid), Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Home Internet), dan Pakej Perpaduan Program Perumahan Rakyat (PPR)/Perumahan Awam (PA) @MyKabel.

“Langkah menambah baik capaian internet boleh disifatkan sebagai strategi serampang dua mata iaitu mencipta lonjakan untuk memaksimumkan potensi ekonomi digital negara serta merapatkan jurang sosio ekonomi penduduk di bandar dan luar bandar,” kata Fahmi.

Harga serendah RM5 sehingga RM69 sebulan, setiap satu pakej ternyata mampu milik lebih murah daripada yang sedia ada.

Pakej Prepaid menawarkan 30GB data dengan kelajuan 3 Mbps pada harga RM30 dalam tempoh enam bulan. Pakej ini disediakan oleh CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia (TM), YTL Communications, XOX Telecommunication, XOX Com Sdn Bhd, Tune Talk serta Pavo Communications khusus bagi golongan belia, B40, OKU, warga emas, veteran ATM, pesara PDRM dan APMM.

Seterusnya, harga pakej semasa Home Internet dengan spesifikasi sama pakej sebanyak 22% lebih murah, dengan kontrak langganan selama 24 bulan. Kelajuan sehingga 30 Mbps dan data tanpa had pada harga RM69 sebulan, rakyat dapat menikmati penjimatan sepanjang tempoh kontrak sebanyak RM480.

Pakej yang disediakan oleh pihak Time dotcom adalah pakej @MyKabel dengan tawaran 30% lebih murah berbanding harga pakej semasa dan kontrak langganan selama 24 bulan. dengan kelajuan 100 Mbps khusus untuk penduduk di bangunan PPR/PA di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Dengan memperkenalkan pakej internet mampu milik. Fahmi menghargai kerjasama strategik antara kementerian dan penyedia perkhidmatan.

“Ini selaras hasrat kerajaan perpaduan untuk mengurangkan kos sara hidup dan pada masa sama memastikan kesalinghubungan digital yang menyeluruh,” katanya.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button