Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah untuk “Lakon Semula” kejadian kehilangan anaknya

PETALING JAYA – Ibu kepada kanak-kanak autisme yakni Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini.
Proses membawa ibu Zayn dipercayai dilakukan adalah untuk melakonkan semula situasi kejadian semasa kehilangan Zayn sehinggalah mayatnya ditemui pada 6 Disember tahun lepas.
Berdasarkan tinjauan di lokasi, sebuan van polis tanpa logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa ibu mangsa ke lokasi kediamannya di Blok R pada jam 10.15 pagi tadi.
Setakat ini, pihak media tiada maklumat diperoleh tentang mengapakah bapa Zayn dibawa le lokasi berkenaan bersama isterinya.
Sebelum ini pada 7 Jun, ibu bapa kepada Zayn Rayyan ditambah reman selama enam hari lagi kerana siasatan masih dijalankan untuk kes tersebut.
Klik disini untuk membaca artikel penuh.
Seperti yang difahamkan oleh pihak media, wanita yang merupakan ibu Zayn Rayyan itu juga akan dibawa semula ke kediamannya dan lokasi kanak-kanak itu ditemui di saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman yang dihuni keluarga berkenaan bagi melakonkan semula kejadian tersebut.
Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak di lokasi kejadian namun belum dipastikan apakah tujuan sebenar patung tersebut.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pasangan itu akan direman enam hari sehingga 13 Jun ini.
Semoga kes ini selesai dengan secepat mungkin.
SUMBER : BERITA HARIAN




