Uncategorized

Hutang Baharu Negara Turun, Kerajaan Berjaya Kawal Defisit

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Usaha kerajaan mengurangkan defisit fiskal kini membuahkan hasil apabila jumlah hutang baharu negara terus menurun setiap tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, langkah mengurangkan defisit secara berperingkat penting untuk mengelak hutang negara terus melonjak.

“Hutang baharu negara yang pernah mencecah RM100 bilion pada 2021 kini turun kepada RM76.8 bilion pada 2024,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat.

Kerajaan optimis pendekatan ini akan mengekalkan kestabilan ekonomi negara sambil memastikan pengurusan kewangan lebih berhemah.

Related Articles

Back to top button