Yusof Haslam Menitis Air Mata – Kecewa Dengan Syamsul

PENGARAH dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam gagal menahan air mata apabila mengenang nasib rumah tangga anaknya, Syamsul Yusof yang sedang bergolak ketika ini.
Menerusi temu bual Melodi, Yusof Haslam telah meluahkan isi hatinya sebagai seorang bapa selain berasa kecewa melihat tindakan Syamsul yang tidak bertanggungjawab kepada isterinya, Puteri Sarah.
Malah, dia mengakui isterinya, Datin Patimah Ismail turut terkesan dengan tindakan pengarah filem Munafik itu memandangkan dirinya juga seorang ibu.
“Bohong kalau cakap saya tak kecewa. Luahan hati saya mungkin tak sama datin sebab dia seorang ibu. Saya berpesan kepada datin kita doakan yang terbaik.
“Kalau timbul permasalahan lagi, saya harap Syamsul akan bagi penjelasan dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Jika ditakdirkan mereka tidak ada jodoh (harap tidak berlaku), Syamsul kena bertanggungjawab dengan isteri dan anak-anak,” katanya.
Yusof turut menitipkan pesanan kepada Syamsul bahawa tanggungjawab suami dan ayah bukan semata dengan memberi wang tetapi menjaga perasaan masing-masing.
“Kalau ada perasaan tanggungjawab, tolak ansur dan sayang kepada isteri serta anak-anak, Insya-Allah rumah tangga akan kekal. Itu sahaja pesanan saya untuk Syamsul. Apa yang saya luahkan hanyalah ingin melihat kebahagian anak dan cucu,” tambahnya.



