Berita

Dilema negara haram Israel dan Hamas, berhenti atau terus berperang selepas 4 hari “gencatan senjata” ?

BAITULMAQDIS – Hari ini merupakan hari terakhir dan dua-dua pihak dalam keadaan dilema sama ada meneruskan serangan antara mereka ataupun melanjutkan gencatan senjata berikutan beberapa hari lalu terdapatnya perjanjian negara haram Israel dan Hamas untuk melakukan gencatan senjata dan pertukaran tebusan selama 4 hari yang bermula hari jumaat yang lepas.

Baru sahaja pagi semalam, pihak Hamas dan negara haram Israel berjaya membuat pertukaran tebusan kali ketiga sejak jumaat yang lalu, dengan menukar 13 tebusan warga Israel dan 39 warga Palestin yang dilepaskan dari penjara.

Israel sebelum ini bersetuju melanjutkan pemberhentian sementara perang selama sehari bagi setiap tambahan pembebasan 10 tebusan yang diculik Hamas, melebihi 50 orang yang disenaraikan dalam perjanjian awal.

Bagaimanapun, Hamas belum memberi maklum balas terhadap tawaran berkenaan.

Dalam masa yang sama, Israel tegas bersuara bahawa mereka akan meneruskan serangan di kawasan Gaza yang mendakwa itu adalah kawasan Hamas beroperasi dan ingin memusnahkan mereka.

Artikel sebelum ini ada menceritakan bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tekad meneruskan serangan selepas gencatan senjata. (ARTIKEL)

Dilema masih menjadi perkataan yang dicari oleh kedua-dua pihak kerana persoalan ditimbulkan oleh seorang pengulas politik Israel, Alon Pinkas yang menyatakan apa akan jadi pada hari kelima?

Adakah Israel akan meneruskan serangan mereka di Gaza ?


Menurutnya, melanjutkan gencatan senjata akan memungkinkan terjadinya lebih banyak pembebasan tebusan secara cepat, memberikan kelegaan kepada warga Israel yang sangat mengharapkan pembebasan tebusan sebagai prioritas utama negara tersebut.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa 61 trak membawa bekalan perubatan, makanan dan air dapat dihantar ke utara Gaza berikutan pemberhentian sementara perang selama 4 hari.

“Lebih lama pemberhentian perang, lebih banyak bantuan dapat dihantar oleh agensi kemanusiaan ke Gaza,” kata jurucakap itu yang turut berterima kasih kepada Palestin dan kumpulan Bulan Sabit Merah Mesir.

ISU LAYANAN TAHANAN ISRAEL DAN PALESTIN

Meskipun begitu, isu yang berbangkit berkenaan perbezaan cara tahanan Israel dan tahanan Palestin dilayan menjadi perbualan yang hangat.

SUMBER VIDEO : QUDS NEWS NETWORK

Video yang dipaparkan oleh Quds News Network jelas menunjukkan tahanan warga Israel dilayan dengan baik oleh briged Al-Qassam dan mereka kelihatan sihat, selesa dan melambai dengan senyuman.

Manakala, disebelah pihak yang lain kita diperlihatkan dengan tahanan Palestin yang kelihatan berbeza sebelum dia ditahan oleh pihak Israel.

SUMBER VIDEO : ALJAZEERA

SUMBER : BERITA HARIAN

Related Articles

Back to top button