
BRUSSELS, BELGIUM – Perlawanan Kelayakan Euro 2024 pada hari semalam antara pasukan negara tuan rumah Belgium menentang pasukan negara Sweden yang melawat digantung pada separuh masa kerana terjadinya insiden tembakan di luar kawasan stadium tersebut.
Stadium Roi Baudouin di Brussels merupakan tempat perlawanan tersebut dijalankan tetapi dua warga Sweden yang dipercayai ditembak mati oleh seorang suspek yang masih bebas sehingga sekarang.
Masih tiada laporan berkenaan suspek tersebut namun ada video tular berkenaan seorang warga arab yang mengakui kesalahannya dan bertanggungjawab di media sosial.
Suspek tersebut dikatakan memakai jaket oren pendarflour dan melarikan diri dengan menaiki skuter.
Akan tetapi, bukti tersebut masih disiasat oleh Pendakwa raya persekutuan yang bertanggungjawab atas kes tersebut.
Alexander De Croo yang merupakan Perdana Menteri Belgium menyifatkan insiden tembakan tersebut sebagai keganasan dan suspek penembak tersebut memang menyasarkan warga Sweden untuk ditembak.
“Saya baru sahaja menyampaikan ucapan takziah kepada PM Sweden berikutan serangan mengerikan malam ini terhadap warga Sweden di Brussels,” kata De Croo di platform media sosial /Twitter.
Tembakan tersebut berlaku di daerah utara ibu negara. Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas jam 7 malam waktu tempatan.





