Program Ziarah Kasih kawasan DUN Penaga

YB Dato’ Sri Reezal Merican dan isteri memberi menyantuni masyarakat Kota Aur pagi tadi semasa majlis Ziarah Kasih di kawasan DUN Penaga.
DSRM bertemu Dr Auzait Samsuddin, Ketua Cawangan UMNO Kota Aur, dan isteri Hajah Zaini Ahmad, bekas pengetua SMK Sri Muda. Dr. Auzait teruja bercakap mengenai persiapan Cawangan Kota Aur menghadapi PRU15 dan bersedia untuk mempertahankan Panji Barisan Nasional di Kepala Batas.
Seterusnya, DSRM juga pergi berjumpa dengan Mak Cik Mariah Din, ahli Wanita UMNO Cawangan Kota Aur iaitu pengusaha homestay. Mak Cik Mariah masih sihat dan bertenaga, dan dia sudah tidak sabar untuk turun mengundi pada PRU tidak lama lagi.
Kemudian, beliau juga sempat pergi ke rumah Mak Cik Halimah Jasin untuk melihat suaminya Muhammad Bin Arsyad yang sedang sakit. Bendahari Puteri UMNO cawangan Kota Aur ialah anak Mak Cik Halimah. Sama-samalah kita mendoakan agar Pakcik Muhammad diberi kesembuhan dan kesihatan berpanjangan.

DSRM dan isteri kemudian pergi ke Haji Ramli Awang, juga dikenali sebagai Pak Lang Ramli. Pak Lang Ramli merupakan salah seorang tulang belakang Tun Abdullah Badawi ketika memimpin Kepala Batas.
Menurutnya “Saya sebagai pelapis kepimpinan Ayahanda Tun Abdullah amat berbesar hati kerana dapat bertanya khabar dan bersua muka dengan generasi yang sentiasa hadir dalam susah dan senang Ayahanda Tun Abdullah sebagai ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.”

Akhir sekali, DSRM pergi ke rumah Mak Long Jamaliah Saud, veteran UMNO Cawangan Kota Aur yang masih hidup dan sihat. Mak Long Jamaliah bercerita tentang hari-hari tanpa jemu beliau yang mengabdikan diri untuk UMNO Kepala Batas amnya dan Kota Aur khususnya. Terima kasih banyak-banyak Mak Long Jamaliah.

Pada sebelah petang pula, DSRM sambung Ziarah Kasih di Kg Permatang Tok Brain, Penaga.
Sebelum itu, beliau meninjau Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri Penaga yang sudah beroperasi. Tahniah kepada jentera Barisan Nasional Penaga amnya, dan jentera Barisan Nasional Permatang Tok Brain khususnya, atas persiapan rapi mereka menghadapi PRU-15 akan datang.
Ziarah kasih dimulakan dengan menziarahi Syuhaimi Din yang sudah tiga tahun menderita sakit saraf kaki. Insyaallah saya doakan Syuhaimi cepat sembuh.
Puan Asma Lanang, bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Permatang Tok Brain, dilawati seterusnya. Puan Asma masih bertenga dan sihat. Terdahulu, banyak cerita dan kenangan tentang UMNO Bahagian dan Cawangan telah dikongsikan.
Akhirnya DSRM pergi berjumpa Puan Tini Pasamai yang sudah uzur di rumahnya. katnaya “Saya terharu melihat beliau masih berazam untuk memenangi Barisan Nasional di Kepala Batas. Semangat yang harus dicontohi oleh jentera kita.”



