BeritaEkonomi

Bantuan untuk golongan miskin akan diselaras, tiada lagi pertindihan – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hadir ke majlis Kenduri Rakyat sempena ulang-tahun Amanah Ikhtiar Malaysia yang ke-36 di Bentong, semalam.

Anwar menyatakan dalam ucapan di majlis tersebut bahawa pertindihan dan penindasan golongan miskin akan dielakkan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan akan dicapai melalui inisiatif yang bakal direalisasikan dengan bantuan dan gabungan usaha Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), institusi zakat dan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

“Kerajaan kini sedang menumpukan sepenuh jentera dan kekuatannya dalam menggapai hasrat Kerajaan dalam menoktahkan kemiskinan tegar pada tahun ini juga. Kerajaan juga sedang cermat dan bertanggungjawab dalam berbelanja dan mengagih dana rakyat agar dapat mencapai matlamat membela warga yang miskin dan melarat.

Insya-Allah, kita sedang berusaha dan akan mempastikan hasrat itu tercapai pada bulan Disember kelak.” ujar beliau di media sosial rasmi Perdana Menteri di Facebook.

Sedikit latar belakang mengenai Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), ia ditubuhkan pada 17 September 1987 sebagai sebuah badan Amanah persendirian dan tujuan ia dicipta untuk memberikan bantuan pembiayaan ikhtiar kepada golongan yang lebih memerlukan bantuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia.

AIM, INSTITUT ZAKAT DAN IPR BERKERJASAMA DENGAN KERAJAAN MENCAPAI OBJEKTIF YANG SAMA

Objektif agensi AIM selari dengan inisiatif kerajaan yang ingin selaraskan bantuan untuk golongan miskin, sekaligus menjadi asbab mengapa Anwar ingin memastikan AIM dan termasuk dengan institut zakat dan IPR untuk berkerjasama dan memastikan jumlah bantuan yang diberikan kepada penerima yang layak tidak bertindih antara satu sama lain.

Dalam majlis tersebut, turut hadir Menteri Besar Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Pemegang AIM, Datuk Seri Dr Syed Hussian Syed Junid.

Anwar juga memuji usaha Menteri Besar Pahang tersebut dengan menyatakan keprihatinan beliau terhadap penduduk Felda di Pahang.

Pada hari yang sama, Anwar dan Wan Rosdy juga hadir dalam ‘Segalanya Felda’ Karnival di Dataran Niaga Felda Chemomoi, Pahang dan Anwar berucap mengenai subsidi negara sebanyak RM400 juta untuk kerajaan gunakan demi mendapatkan beras import di Malaysia berkaitan isu kekurangan beras tempatan.

Related Articles

Back to top button