BeritaSukan

Bengang kerana dibantai, peminat JDT diserang peminat BG Pathum

Pada 3 Oktober hari selasa yang lepas, kita disajikan dengan perlawanan Liga Juara-Juara Asia (AFC Champions League) yang menunjukkan hasil kemenangan Johor Darul Takzim dengan skor 4 – 2 menentang BG Pathum di Stadium Pathum Thani, Bangkok.

Kemenangan itu memastikan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) mendapat tiga mata penuh dan sekaligus naik ke tangga ke-2 dalam kumpulan 1, dibawah pasukan gergasi jepun Kawasaki Frontale.

Berikutan dengan insiden tembakan rambang di Siam Paragon yang meragut tiga nyawa dan beberapa jam sebelum perlawanan bermula, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik JDT dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), bersama keluarganya, mengalami saat-saat tegang apabila mereka berhadapan dengan kejadian yang mengejutkan berhampiran hotel tempat mereka menginap.

Sejurus selepas insiden itu berlaku, kita dikejutkan pula dengan khabar berita yang menunjukkan peminat JDT diserang di luar perkarangan stadium Pathum Thani tersebut oleh peminat BG Pathum, disyaki kerana timbul perasaan tidak puas hati dengan kekalahan pasukan mereka.

Video di atas dari sumber FlashSukan yang menunjukkan peminat BG Pathum menggunakan sejenis suar untuk cubaan menyerang dan menghalau peminat JDT untuk berada di luar stadium.

Provokasi dari mereka bersifat berbahaya dan setakat ini tiada kecederaan dan kematian dilaporkan dari insiden ini.

Related Articles

Back to top button