Berita

Dataran Ibu Pertiwi Ikon Baharu Kuching – Abang Johari

KUCHING – Dataran Ibu Pertiwi yang menempatkan tiang bendera Sarawak setinggi 99 meter itu, menjadikan ia tiang bendera tertinggi di Malaysia, secara rasminya telah menjadi ikon baharu di Bandar Raya Kuching, Sarawak.

Dataran Ibu Pertiwi Ikon Baharu Kuching
Tiang bendera tertinggi di Malaysia, ‘Ibu Pertiwi’ berdiri gah di samping bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak – Sumber FOTO: Facebook Jabatan Penerangan Sarawak

Dataran yang terletak berhampiran bangunan Dewan undangan Negeri (DUN) dan Tebingan Kuching itu dilancarkan Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis sambutan ambang tahun baharu peringkat negeri Sarawak, pada Ahad.

Dataran Ibu Pertiwi Ikon Baharu Kuching
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan simbolik perasmian tiang bendera ‘Ibu Pertiwi’ di Tebingan Kuching, pada Ahad – Sumber FOTO: Facebook Jabatan Penerangan Sarawak

Kos pembinaan monumen itu telah disumbangkan oleh syarikat Petroleum Sarawak Bhd (Petros), Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Shell menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Abang Johari yang membuat lawatan ke dataran ikonik itu pada Isnin berkata, dataran itu diharapkan mampu menjadi daya tarikan baharu buat pelancong ke Kuching.

“Kita juga akan mempamerkan sejarah ketiga-tiga syarikat minyak (Petros, Petronas, dan Shell) di dataran ini nanti selain boleh membaca latar belakang sejarah pembangunan ekonomi Sarawak.

“Di sini juga ada restoran yang boleh memeberi kemudahan buat pelancong untuk makan serta menikmati pemandangan,” katanya.

Sumber: BERNAMA, Facebook

Related Articles

Back to top button