Wanita menyamar jadi hantu di jalanraya akhirnya ditahan polis

JOHOR BAHRU – Pihak polis telah menangkap seorang wanita yang dipercayai menyamar sebagai hantu di Jalan Austin Heights Utama, Johor Bahru.
Wanita itu didakwa selalu menyergah dan menakut-nakutkan pemandu jalanraya di kawasan tersebut, membahayakan nyawanya dan nyawa pemandu.
Menurut laporan pelbagai media semalam, wanita yang berusia 31 tahun itu dipercayai menghidap penyakit mental kerana pada waktu sebelum ini dia pernah dimasukkan ke Zon Kuning Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 2022-2023 kerana kemalangan dan kemurungan.
Informasi itu didapati selepas hasil penemuan pihak polis dalam siasatan lanjut dan mendalam berkenaan kes ini.
Video wanita “hantu” tersebut tular di media sosial dan pihak polis menyatakan bahawa wanita tu pernah memeras ugut pemandu kenderaan yang diganggunya sebagai ganti rugi kerana melanggarnya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat menyatakan pihaknya telah melakukan sesi rondaan di kawasan itu namun gagal mengesan wanita tersebut kerana melarikan diri.
“Anggota polis yang bertugas memaklumkan ketika kejadian, wanita itu akan mengilai namun akhirnya semalam kita berjaya menahan wanita berkenaan yang dipercayai mempunyai masalah mental,” katanya.
SUMBER : LOBAK MERAH




