Berita

UiTM untuk bukan Bumiputera, tidak pernah ada perbincangan KPT, Kabinet – Zambry

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan tidak ada sebarang perbincangan pada peringkat kementerian atau Kabinet mengenai cadangan membuka Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada pelajar bukan Bumiputera.

Penafian itu ditegaskan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang berkata isu berkenaan sengaja dimainkan pihak tertentu.

“Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba menganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekali gus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak, “ katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 (Akta Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mana UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

Merujuk kepada isu membuka kemasukan kepada pelajar bukan Bumiputera di UiTM, saya ingin memaklumkan sekali lagi dengan tegasnya bahawa isu ini tidak dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat KPT mahupun peringkat Kabinet.

Seperti kenyataan saya pada 2 Mei yang lalu, KPT sememangnya tidak pernah membincang atau membenarkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera sepertimana yang telah dimainkan pada hari ini.” katanya semalam selepas ditemu bual oleh pihak media.

Kini, reaksi dari mahasiswa UiTM sendiri dengan memakai pakaian hitam esok sebagai membantah rancangan membuka UiTM kepada pelajar bukan bumiputera.

Protes itu dicadangkan oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UiTM) dan meminta mahasiswa memuat naik gambar bersama tanda pagar #MahasiswaUiTMBantah di platform media sosial sebagai menyokong kempen yang dilancarkan sejak dua hari lepas.

@mppuitmshahalam

SABTU | 04 MEI 2024 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [KENYATAAN RASMI PEGANGAN TEGUH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM KEPADA ASAS DAN PRINSIP UiTM] Merujuk kepada perkara di atas,kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM berpegang teguh dengan asas dan prinsip UiTM yang dimana universiti ini ditubuhkan berlandaskan kepada perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjadikan ia satu tanggungjawab dalam menyokong usaha untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Akta 173 yang memberi gambaran bahawa UiTM ini adalah satu hak keistimewaan yang perlu dijaga oleh warganya. Dalam aspek nasional, UiTM tertubuh atas semangat kontrak sosial yang selaras dengan aspirasi perlembagaan negara yang menjamin hak semua pihak serta berhubungkait dengan sejarah penubuhan negara bangsa. Dengan itu, kami menyeru semua warga UiTM dan semua rakyat Malaysia mendalami serta menelusuri kepada matlamat penubuhan UiTM yang dimana ia menjaga golongan Melayu dan Bumiputera di samping membela nasib mahasiswa yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan akses kepada pendidikan tinggi. Sekian, terima kasih. “Aspirasi Mahasiswa, Naratif Perubahan” Yang menjalankan amanah, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SESI 2023/2024 #UiTMDiHatiku #22Cakna #MPPEraBaharu

♬ original sound – MPP UiTMSA – MPP UiTMSA
KENYATAAN MPP UiTM SHAH ALAM

SUMBER : BERITA HARIAN

Related Articles

Back to top button