Berita

Treler terbabas, pemandu cedera parah di Jalan Duta

KUALA LUMPUR – Semalam, seorang pemandu treler cedera parah di tangan dan kepala selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan dalam proses terbakar di kawasan Plaza Tol Jalan Duta.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 12.03 tengah hari semalam dan sepasukan sembilan anggota dan dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas, tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

“Tiba di lokasi terdapat sebuah treler terbabas dan terbakar di bahagian hadapan dianggarkan 50 peratus, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada 1.48 tengah hari tadi,” ujar pihak JPBM.

Pemandu treler yang berusia lebih kurang 30-an mengalami kecederaan di tangan dan kepala, telah diberikan rawatan di lokasi kejadian dan dikejarkan ke hospital oleh pasukan perubatan yang hadir di situ.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” menurut kenyataan JBPM semalam.

Dalam video tersebut, kelihatan banyak kenderaan ingin lalu di kawasan tersebut, dan ada kereta yang hampir terbakar apabila melalui sebelah kawasan treler tersebut jatuh.

Sementara itu di jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan keadaan di lokasi sesak sepanjang 1.3 kilometer sehingga ke Lebuhraya Duta Hulu Klang, susulan lorong tengah masih ditutup buat masa sekarang bagi kerja pengalihan treler bermuatan barangan makanan sejuk beku berkenaan.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan jalan alternatif untuk mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakan,” tambahnya.

SUMBER : ASTRO AWANI

Related Articles

Back to top button