Hiburan

Tahniah Ustaz Azhar Idrus! – Sambut Kelahiran Anak Ke-12

Baru-baru ini tular di media sosial iaitu Facebook mengenai sebuah post dari SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu yang telah mencuri ramai perhatian orang ramai di luar sana.

Menerusi post tersebut, pihak hospital telah mengucapkan tahniah buat Ustaz Azhar Idrus bersama isterinya, Puan Izyan yang baru sahaja selamat menyambut kelahiran cahaya mata yang baru.

“Semoga Allah memberkahi anak ini untukmu dan menjadikannya orang berbakti dan bertaqwa. Terima kasih memilih kami, Ustaz Azhar Idrus,” pada kenyataannya tersebut.

Selain itu, ramai juga yang memuji Ustaz Azhard kerana tidak menyembunyikan wajah cahaya matanya. Tindakan Ustaz yang mengusap wajah anaknya terasa begitu sayu dan tenang sekali.
Walauapapun, tahniah sekali lagi Ustaz Azhar Idrus. Semoga anak ini akan membesar menjadi anak yang soleh.

Related Articles

Back to top button