Sukan

Pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dan Akhyar Rashid diserang ?

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kes yang melibatkan dua pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dan Akhyar Rashid diserang dalam minggu yang sama.

KRONOLOGI KES (SETAKAT INI)

KES AKHYAR RASHID DISAMUN

2 MEI 2024 – Pemain yang berasal dari Kedah itu kini menyambung kerjaya bola sepak nya di Terengganu Football Club (TFC) secara pinjaman dari kelab Johor Darul Takzim (JDT).

Dikhabarkan pada 2 Mei 2024 yakni hari khamis yang lalu, Akhyar Rashid diserang oleh penyamun di Kuala Terengganu.

Menurut Berita Harian, beliau dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepala sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan, seperti yang boleh dilihat dalam gambar itu.

Difahamkan, suspek turut melarikan telefon bimbit dan dompet pemain itu dalam kejadian berkenaan.

Selepas itu, Akhyar kemudiannya dikejar ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan.

KES FAISAL HALIM DISIMBAH ASID

5 MEI 2024 – Tidak sampai seminggu, Faisal Halim atau lebih dikenali dengan panggilan mesra “Mickey” pula diserang dengan simbahan asid oleh individu tidak bertanggungjawab di kawasan kompleks membeli belah di Kota Damansara.

Pemain sayap Selangor FC itu disahkan oleh EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi, bahawa Faisal Halim mengalami kecederaan lecur tahap dua akibat disimbah cecair yang dipercayai asid.

Menurut Selangor FC, Faisal Halim dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di sebuah hospital berikutan kecederaan di bahagian bahagian belakang badannya.

Anak dan isteri beliau dilaporkan selamat, meskipun ada laporan mengatakan isterinya terkena sedikit percikan asid tersebut namun tiada kemas kini keadaannya sekarang.

Menurut sumber yang menghubungi Berita Harian, individu yang menyimbah asid itu menaiki motosikal dengan pakaian tutup muka itu juga sempat ucap ‘good luck’ sebelum simbah asid lalu pergi melarikan diri.

SIASATAN POLIS DITERUSKAN

58,372 Criminal Investigation Royalty-Free Photos and Stock Images |  Shutterstock

Siasatan polis berhubung dua kes serangan terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dan Akhyar Rashid, sedang dijalankan dari semua sudut serta aspek bagi mengenal pasti motif utama kejadian.

Meskipun kedua-dua kes itu berlaku dalam jarak masa yang dekat, polis tidak menolak kemungkinan ia tiada saling berkaitan tetapi siasatan lanjut masih giat diteruskan.

Sumber Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman memaklumkan buat masa ini, tumpuan polis adalah merakam dan meneliti keterangan kedua-dua mangsa bagi mengenal pasti motif kejadian.

“Pada masa ini, keterangan kedua-dua mereka (Faisal dan Akhyar) serta saksi kejadian amat penting dalam memudahkan siasatan polis, selain saksi-saksi lain yang berkemungkinan dapat berkongsi maklumat dengan pegawai penyiasat kedua-dua kes terbabit.

“Namun, apa yang boleh dinyatakan ialah siasatan masih berada pada peringkat awal dan usaha ketika ini lebih kepada mencari motif serta pelaku kes berkenaan,” katanya kepada Berita Harian.

Sumber itu sekali gus meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kedua-dua kejadian yang menimpa Faisal dan Akhyar.

“Tindakan menyebarkan sebarang spekulasi tidak tepat boleh mengganggu siasatan yang dijalankan,” katanya.

SUMBER : BERITA HARIAN

Related Articles

Back to top button