Ditipu katering, keluarga pengantin terpaksa masak sendiri

JEMPOL – Satu keluarga telah menjadi mangsa penipuan oleh sebuah syarikat katering, mengakibatkan kerugian sebanyak RM13,000, dan terpaksa memasak sendiri hidangan untuk tetamu yang hadir.
Wakil keluarga, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31,yang lebih dikenali sebagai AbangSoya di platform Tiktok dan juga merupakan abang kepada pengantin, tidak pernah menyangka bahawa majlis perkahwinan adiknya yang sepatutnya berlangsung dengan penuh kegembiraan, berubah menjadi mimpi ngeri kerana pihak katering yang ditempah tidak muncul.
Sebagai wakil keluarga, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31, yang juga abang kepada pengantin, tidak pernah menyangka bahawa majlis perkahwinan adiknya yang sepatutnya penuh meriah, berubah menjadi mimpi ngeri kerana pihak katering yang ditempah tidak muncul.
Beliau mengakui bahawa selepas majlis akad nikah adiknya, dia pergi ke dewan majlis untuk memeriksa persiapan, namun hanya menemui pelamin sahaja tanpa meja dan kerusi untuk tetamu.
“Majlis perkahwinan kami menjadi mangsa penipuan oleh syarikat katering yang telah ditempah oleh adik kami tetapi tidak muncul. Kami mencuba untuk menghubungi mereka berkali-kali tanpa mendapat sebarang jawapan. Tempahan yang dibuat adalah untuk 1,000 tetamu.
“Hingga jam 9 malam sebelum majlis bermula, kami masih menunggu, tetapi apabila tiada tanda-tanda katering akan tiba, kami, sembilan beradik, memutuskan untuk memasak sendiri.
“Walaupun kami hanya mampu menyediakan hidangan untuk kira-kira 400 tetamu, iaitu lauk ayam gulai, sambal belacan, buah, dan ulam-ulaman,” katanya semasa menceritakan kejadian yang berlaku di dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini.
Burhanuddin menyatakan bahawa keluarganya terpaksa berkongsi tugas untuk mencari set meja, kerusi, periuk besar, dan barang-barang lain yang diperlukan untuk memasak hidangan majlis perkahwinan tersebut.
Beliau turut memaklumkan bahawa mereka telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Seri Jempol pada malam yang sama.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, mengesahkan penerimaan laporan polis daripada ahli keluarga pengantin berkenaan.
Sebagai tindak balas, pihak polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan mendapati bahawa syarikat katerer berkenaan memang wujud.
Menurut komen-komen netizen di Tiktok, ramai mengatakan syarikat katerer bernama ARC Catering merupakan syarikat yang bermasalah tersebut.
Sama-sama kita mendoakan urusan keluarga pengantin dipermudahkan dan keadilan dapat ditegakkan.
SUMBER : BERITA HARIAN, TIKTOK



