Ballon d’Or 2023 dimenangi oleh Lionel Messi dan Aitana Bonmati

PARIS – Pada malam semalam, anugerah Ballon d’Or 2023 dimenangi oleh pemenang Piala Dunia, Lionel Messi dalam majlis Ballon d’Or yang dihadiri oleh pelbagai bintang-bintang terkenal dalam bolasepak.
Tidak dilupakan, pemain wanita yang berasal dari Sepanyol Aitana Bonmati yang memenangi anugerah Ballon d’Or 2023 untuk kategori wanita.
Lionel Messi terpilih untuk memenangi anugerah tersebut dengan pencapaiannya yang tidak disangkal lagi dengan memenangi Piala Dunia 2022 di Qatar bersama skuad negaranya Argentina, meledak tujuh gol dan tiga bantuan gol secara menyeluruh dan dinobatkan pemain terbaik dalam kejohanan antarabangsa tersebut.
Kemenangan Messi majoritinya diraikan, namun ada pelbagai perdebatan sama ada Erling Haaland dan Kylian Mbappe yang menduduki tempat kedua dan ketiga dalam kedudukan calon pemenang Ballon d’Or layak memenangi anugerah tersebut.
Pada majlis yang sama, Erling Haaland memenangi anugerah Gerd Muller yang menunjukkan beliau merupakan penyerang terbaik pada tahun ini.
Pemain posisi penyerang dari Norway tersebut mempunyai pencapaian lain yang relevan dalam dunia bola sepak dengan memenangi “treble” tiga piala bersama Manchester City seperti Piala Liga Perdana Inggeris, Piala Liga Juara-Juara dan Piala FA.
Beliau juga meledak 52 gol dalam 53 perlawanan dalam setiap pertandingan yang ada, ditambahkan juga dengan memenangi anugerah pemain terbaik di eropah oleh UEFA, memenangi Piala Super UEFA, dan dinobatkan penjaring terbanyak dalam dua liga iaitu Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.
Messi bersyukur memenangi anugerah Ballon d’Or namun beliau bersetuju bahawa anugerah tersebut layak dimenangi oleh Erling Haaland atas pelbagai pencapaiannya di dalam dunia bola sepak.
“Haaland dan Mbappe akan memenangi Ballon d’Or suatu hari nanti,” katanya dalam ucapan penerimaannya.”
“Erling juga sangat layak, dia telah memenangi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara sambil menjadi penjaring terbanyak dalam segala-galanya.”
“Anugerah ini mungkin menjadi milik anda hari ini juga. Saya pasti pada tahun-tahun akan datang anda akan memenanginya.” ujar Lionel Messi.
Selain itu, Jude Bellingham memenangi Trofi Kopa untuk mendapat takhta pemain terbaik bawah usia 21 tahun pada musim lalu.
Pemain kelahiran England tersebut menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, dengan mempunyai 13 gol dalam 13 perlawanan yang dimainkan olehnya.
Rakan sepasukannya, Vinicius Junior pula memenangi anugerah Socrates dan penjaga gol skuad negara Argentina, Emiliano Martinez memenangi anugerah Yashin atas prestasi bagus beliau dalam Piala Dunia 2022 pada tempoh hari.
SUMBER : BERITA HARIAN, GOAL.COM





