Berita

Mayat ditemui dalam simen, seorang warga asing ditahan untuk membantu siasatan

KLANG – Sekitar jam 11.39 malam semalam, bomba dan penyelamat mendapat panggilan untuk mengeluarkan satu mayat yang berada di dalam kolah bilik mandi dan mengambil masa lebih dua jam untuk memecahkan kolah air tersebut.

Bomba telah sampai ke tempat kejadian di Pandamaran 10 minit kemudian dan mereka melakukan kerja-kerja pemecahan simen dengan menggunakan peralatan ‘paratech tool’ dan mesin hacker.

Sewaktu kerja-kerja pemecahan simen dilakukan sekitar 70 peratus, didapati satu mayat wanita dewasa ditemui berada dalam kolah air tersebut dan mayat itu dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.


Sementara itu, apabila berhubung dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, beliau mengesahkan penemuan mayat tersebut dan mengatakan bahawa kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut laporan, dua penyewa rumah sebelum ini adalah suspek terbesar kerana selepas polis menerima laporan dari seorang lelaki yang dipercayai pemilik rumah tersebut yang baharu menyatakan dia mengesyaki sesuatu apabila kolah air dirumahnya disimen tanpa pengetahuannya.

“Pengadu memaklumkan dua penyewa lelaki sebelum ini telah keluar daripada rumah berkenaan pada 10 Oktober lalu.

“Pemilik ke rumah itu datang untuk memeriksa serta membersihkan sebelum disewakan kepada orang lain dan mendapati kolah air dalam bilik air disimen.” katanya.

SEORANG WARGA ASING DITAHAN,

DIPERCAYAI SUSPEK UTAMA

Polis telah menahan seorang lelaki warga asing yang berusia 53 tahun berikutan kes penemuan mayat, malam semalam.

Tambahan juga, pihak polis sudah mengenalpasti dua suspek lelaki yang dipercayai ada perkaitan dalam kes tersebut.

  • mayat

Ranjit Singh dan Mandeep Singh merupakan dua suspek yang telah dikesan oleh pihak polis.

Ketua Polis Selangor menyatakan siasatan dari pihak polis mendapati dua lelaki warga asing yakni suspek tersebut pernah menyewa selama dua tahun bermula Ogos 2019 dan Oktober 2021 di rumah mayat itu ditemui.

Mengupas kes dengan lebih lanjut, pemilik rumah ataupun pengadu meminta seorang lelaki warga asing untuk membaiki bumbung rumah tersebut dan warga asing tersebut mendapati bahawa terdapat mayat dalam kolah mandi itu semasa dia dibayar gaji.

Akan tetapi, warga asing yang memberikan maklumat itu sudah balik ke negara asal dan pengadu tersebut terus membuat laporan polis.

Akhir sekali, mayat yang ditemui telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk meneruskan proses bedah siasat pada 6 Disember.

SUMBER : BERITA H

Related Articles

Back to top button