Berita

“Rambut panjang tak masuk neraka !”- Ustaz ditengking oleh bapa pelajar

VIRAL – Tular semalam di media sosial berkenaan satu rakaman CCTV dari sekolah agama swasta menunjukkan seorang bapa pelajar sekolah tersebut dilihat menengking dan memarahi seorang ustaz berkenaan isu rambut panjang.

@negaranews

VIRAL – Tular semalam di media sosial berkenaan satu rakaman CCTV dari sekolah agama swasta menunjukkan seorang bapa pelajar sekolah tersebut dilihat menengking dan memarahi seorang ustaz berkenaan isu rambut panjang. Semoga semuanya diselesaikan dengan baik…seram min tengok SUMBER : MEDIA Klik link di bio untuk membaca artikel penuh. #ustaz #disiplin #sekolah #viral #negaranews

♬ original sound – Negara News – Negara News

Menurut media LobakMerah, didapati bahawa bapa kepada seorang pelajar di sekolah agama itu meluahkan perasaan marahnya dengan menengking kerana ustaz tersebut menggunting rambut anak dia tanpa keizinannya.

“Rambut panjang tak masuk neraka ! Rasulullah (S.A.W) rambut macam mana ?”

Kemudiannya, dalam video tersebut didapati bapa tersebut menyuruh ustaz untuk memanggil anaknya sendiri ke tempat kejadian.

https://www.facebook.com/xbgsx666/posts/pfbid02WRaDEscUi3zDS2nM6QPuPcWkyZ6ctefjLa8SbGNrymgj9ugCTTzFm87k5UXzptWfl?locale=ms_MY

Dikatakan bapa tersebut memotong pula rambut anak Ustaz tersebut atas dasar alasan qisas.

Rata-rata netizen sangat tidak berpuas hati dengan tindakan bapa tersebut dan dikatakan bapa tersebut sepatutnya dikenakan hukuman atau denda yang setimpal kerana kelakuan tidak bermoralnya.

Sudah terang lagi bersuluh dari dulu lagi, peraturan sekolah memang perlu diikut tidak kira sekolah swasta mahupun kerajaan dan berkenaan rambut pula ramai sudah jelas tentang sahsiah rupa diri di sekolah yang mewajibkan pelajar lelaki menggayakan rambut pendek dan kemas.

Semoga kes ini diselesaikan dengan baik.

SUMBER : LOBAK MERAH

Related Articles

Back to top button