Teknologi

UPSI Mahu Guna Sistem Panel Solar Hasilkan Elektrik

Melalui projek solar fasa pertama, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah Proton City di sini dijangka mampu menjimatkan sehingga RM13.5 juta.

Dijangka dicapai sepanjang tempoh konsesi selama 20 tahun menerusi lapan kawasan pembinaan panel solat fotovoltaik (PV) berkapasiti 3.24WMp di kampus universiti itu.

Menurut Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff, projek itu adalah hasil kerjasama UPSI Holdings Sdn Bhd dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta rakan strategik Synergy Generated Sdn Bhd ( SGSB).

Projek itu selaras dengan hasrat universiti dimana menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan kerjasama antara UPSI Holdings dengan SGSB sejajar dengan objektif strategik UPSI ke arah pembangunan kampus pintar, digital, lestari serta mesra persekitaran.

“Projek pertama berkenaan bakal memberi manafaat dan penjimatan sebanyak RM13.5 juta malah pengurangan pelepasan gas karbon sebanyak 56,000 tan sepanjang tempoh konsesi selama 20 tahun,” katanya.

Melalui kerjasama itu, ia membuka lebih banyak potensi penyelidikan, pemindahan teknologi dan juga peluang pekerjaan kepada graduan UPSI yang berminat menceburi bidang Bekalan Tenaga Boleh Baharu.

Beliau berkata demikian pada Majlis Memeterai Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) antara pihak UPSI dengan SGSB dan TNB serta surat tawaran antara SGSB dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di Dewan Muallim Scholar’s Suites,semalam.

Buat masa kini, UPSI mencatat penggunaan bil elektrik sehingga RM11.6 juta setahun.

Perjanjian berkenaan bagi pelaksanaan pemasangan sistem solar di UPSI oleh SGSB dengan kerjasama UPSI Holdings Sdn Bhd.

Turut hadir di majlis itu, Pengerusi Eksekutif SGSB, Datuk Wan Shaharuddin Wan Mahmood, Ketua Pegawai Pelanggan TNB, Nasaruddin Mohd Zaini serta Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Institusi Perbankan BIMB, Sharifah Sarah Syed Mohamad Tahir.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button