Berita

RM4 Bilion Untuk Kota Madani: Usah Politikkan Agenda Rakyat

PUTRAJAYA, 30 Jun – Pembangunan Kota Madani yang dianggarkan bernilai RM4 bilion seharusnya dilihat sebagai satu inisiatif nasional untuk meningkatkan kualiti hidup penjawat awam dan rakyat, bukan dijadikan modal politik oleh mana-mana pihak.

Menurut sumber dalaman kerajaan, usaha ini bukan sekadar membina infrastruktur baharu, malah merupakan pelan jangka panjang yang menyasar ke arah menyediakan perumahan mampu milik, kemudahan komuniti moden serta persekitaran hidup yang lebih kondusif – khususnya untuk golongan pekerja sektor awam yang menjadi tulang belakang sistem pentadbiran negara.

“Projek ini bukan soal siapa yang memerintah, tapi soal amanah kepada rakyat. Ia dirancang dengan penuh teliti dan mengutamakan keperluan sebenar warga perkhidmatan awam,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya lagi, langkah ini turut dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan menerusi penciptaan peluang pekerjaan dan peningkatan aktiviti dalam sektor pembinaan serta perkhidmatan.

Kota Madani, yang turut mengintegrasikan prinsip kelestarian dan perancangan bandar pintar, kini berada pada fasa akhir perancangan sebelum dimulakan secara rasmi dalam beberapa bulan akan datang.

“Pihak luar bebas bersuara, tapi jangan sampai menenggelamkan manfaat yang bakal dinikmati ribuan keluarga. Fokus kita sekarang adalah memastikan projek ini berjalan lancar dan memberi impak sebenar kepada rakyat,” katanya lagi.

Pihak kerajaan dijangka akan membuat pengumuman rasmi bersama pelan terperinci dalam masa terdekat

Related Articles

Back to top button