Rita Rudaini Jadi Mangsa Sihir, Jumpat Katak Hitam Mati di Kawasan Rumahnya

Sekian lama menyepi, Rita Rudaini iaitu pelakon Malaysia mendedahkan bahawa dia telah dihantui individu yang mempunyai sifat dendam dan hasad dengki dengan dirinya dan keluarga.
Dari laporan Melodi, Rita mendakwa ada seorang yang tidak dikenali sedang mencari rumah keluarganya di Kangar, Perlis.
Pelakon berusia 46 tahun itu mempersoalkan mengapa perlu mempunyai “hati hitam,” sambil menambah bahawa ibunya juga menemui seekor katak hitam mati di hadapan rumah.
Tambah lagi pelakon itu, Rita Rudaini juga memberitahu bahawa dia pernah beberapa kali bermimpi aneh malah pernah ternampak kelibat di dalam rumahnya sendiri.
Pelakon filem Mami Jarum menidakkan apabila ditanya sama ada dia mengenali atau tidak individu terbabit. Namun, dia beranggapan ada perihal lain yang dicemburui selain perihal kerjayanya.
Dalam pada masa yang sama, Rita Rudaini ini turut menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali dan enggan memaafkan individu yang telah membuat hatinya terluka bersama dua putera kesayangannya.



