Nasional

Restoran Meet Bros Steakhouse di Kota London Milik Seorang Alumni UiTM

Saudara Syed Ashraf Syed Ali merupakan seorang Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang merupakan pelajar dari Kolej Pengajian Am Bina (dahulu fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur) merupakan pengusaha dan pemilik rangkaian restoran yang terkenal Me’nate Steak Hub.

Me’nate Steak Hub telah memulakan operasinya pada tahun 2009 dan telah diambil alih sepenuhnya oleh Palace Butcher Resources Sdn Bhd pada Mac 2015.

Sejak itu, Me’nate Steak Hub telah berkembang kepada sebanyak 13 cawangan di Malaysia. Sehingga kini, restoran itu telah dianugerahkan sebanyak 7 anugerah termasuk ASEAN Food & Travel Awards 2022 untuk Jenama F&B Terbaik Malaysia di bawah kategori Steakhouse.

Kini beliau telah menembusi pasaran dan melebarkan sayap perniagaannya ke Kota London yang diberikan nama “Meet Bros Steakhouse (by Me’nate Steak Hub) di Craven Road, Paddington.

Pembukaan restoran itu telah dirasmikan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 12 Mei yang lalu.

Menurutnya, “London menjadi lokasi pilihan sebagai cawangan pertama berikutan potensi besar dalam industri halal di bandar itu”

“London kekurangan restoran stik halal dan apabila mereka (warga London) mengetahui tentang pembukaan restoran ini, mereka menunjukkan sambutan baik kerana memang menantikan restoran stik halal.

Beliau juga berhasrat untuk membuka lebih daripada 100 cawangan Me’nate di seluruh dunia dan steak vendor menjelang 2030.

Related Articles

Back to top button