Program Pemantapan Komuniti Keluarga Malaysia di Tasek Gelugor

Pada 19 Oktober, Dato Reezal Naina Merican bersama YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob , Perdana Menteri hadir menyantuni Keluarga Malaysia di Tasek Gelugor sempena Program Pemantapan Komuniti Keluarga Malaysia.
Beliau amat teruja dan gembira dengan sambutan yang cukup meriah daripada warga Tasek Gelugor yang bersama-sama menjayakan program pada hari ini.
Menurutnya, dia ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada YB Dato’ Muhamad Yusoff Mohd Noor, ADUN Sungai Dua merangkap Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor atas kerjasama serta gandingan erat bersama KPKT dalam memastikan majlis kita ini dapat berjalan seperti mana dirancang.
Selain itu, beliau amat berbesar hati dengan kehadiran rakan-rakan menteri kabinet Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi; Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar; dan Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Abd Muttalib, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Program ini menyentuh satu aspek penting dalam gagasan Keluarga Malaysia dibawah teraju YAB Perdana Menteri iaitu melahirkan Komuniti Bandar yang berdaya huni.
KPKT sentiasa melihat cabaran yang mendepani komuniti di kawasan perbandaran serta mencari langkah penyelesaian atau sekurang-kurangnya menyediakan penampan (cushion) melalui inisiatif-inisiatif seperti Program Baik Pulih Rumah Komuniti Bandar, Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar, Rumah Mesra Rakyat dan Pemerkasaan Bomba Komuniti.
Katanya, “saya sebutkan beberapa inisiatif KPKT dalam konteks komuniti perbandaran ini kerana saya ingin nyatakan bahawa Kerajaan di bawah teraju YAB Perdana Menteri pada hari ini sentiasa ambil peduli dan meletakkan kepentingan Keluarga Malaysia sentiasa di hadapan.”
#KeluargaMalaysia #LiveableMalaysia #KeluargaKPKT




