Permatang Rambai Teguh Bersama BN

DSRM mengucapkan terima kasih kepada warga Permatang Rambai kerana sudi menjemputnya dan isteri bersama-sama memeriahkan makan malam Permatang Rambai Prihatin.
Beliau masih ingat, PDM Permatang Rambai ini dia kunjungi sebelum penamaan calon tempoh hari.
Malam ini beliay hadir sekali lagi dan cukup kagum dengan kehadiran ramai warga Permatang Rambai memeriahkan majlis.

DSRM berasa yakin, Keluarga Permatang Rambai sudah bersedia dan berkobar-kobar untuk mempertahankan panji Barisan Nasional di Kepala Batas.

Dari Permatang Rambai, beliau dan isteri pergi memeriahkan Malam Silaturahim warga Taman Penaga Permai, Penaga, malam semalam.
Suasana penuh harmoni dan dihangatkan dengan hilai tawa anak-anak kecil dengan kehadiran orang ramai. Inilah suasana Keluarga Kepala Batas, kekuatan mereka sejak dahulu.
Penaga ini adalah kawasan yang bersejarah bagi Kepala Batas kerana berkat sokongan dan dukungan warga Penaga jugalah DSRM telah diberi mandat untuk berkhidmat di P041 ini selama dua penggal.
Sokongan Keluarga Penaga amat mustahak dalam ikhtiarnya dan seluruh jentera Barisan Nasional memastikan gelombang biru terus mekar di Kepala Batas pada PRU-15 ini.
Pastikan kita Undi untuk Kestabilan, Undi untuk Kemakmuran dan Undi Demi Kepala Batas 19 November nanti.



