Percubaan menikam pemandu e-hailing, remaja kini ditahan polis

SUNGAI PETANI – Baru sahaja tular semalam, video dashcam yang digunakan oleh pemandu e-hailing GRAB dapat merekodkan insiden yang tidak diingini apabila seorang remaja iaitu penumpang membuat percubaan untuk menikam pemandu tersebut.
Remaja tersebut dikenal pasti sebagai remaja yang berumur 13 tahun membuat percubaan menikam pemandu e-hailing tersebut kerana dipercayai tidak puas hati kerana tambangnya diambil semula oleh pemandu tersebut.
Bagaimanapun pemandu e-hailing berusia 65 tahun itu bernasib baik itu apabila sempat merampas pisau selepas pisau tersebut dipercayai tersasar kearah tali pinggang keselamatan dan dia juga sempat menggigit tangan remaja itu untuk mempertahankan diri sebelum suspek melarikan diri.
Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan selaku Ketua Polis Daerah Kuala Muda berkata mengikut laporan warga emas yang jadi pemandu tersebut mendapat pesanan melalui aplikasi GRAB pada jam 5.43 petang kelmarin di Lorong Taman Keladi.
Dilaporkan remaja tersebut dipercayai meminta untuk meminjam RM50 untuk membayar sewa rumahnya sewaktu mereka dalam perjalanan ke Bandar Sri Astana.
Zaidy turut menyatakan pemandu tersebut terpaksa menurunkan penumpang jika dia tiada wang, namun remaja tersebut enggan dan menyuruh pemandu tersebut membawanya ke rumah untuk mengambil wang untuk membayar tambang e-hailing tersebut.
Apabila sampai di rumahnya di Bandar Sri Astana, remaja tersebut meminta untuk membawanya semula ke Taman Keladi dan melengahkan pemandu tersebut kedalam beberapa lorong kecil.
“”Pemandu terpaksa menurunkan penumpang di lokasi berkenaan dan meminta bayaran tambahan RM9 dan penumpang itu memberikan wang RM20” ujarnya dalam kenyataannya semalam.
Selepas remaja tersebut membayar tambang, pemandu tersebut diserang dan membuat percubaan untuk menikam pemandu tersebut namun terselamat dan remaja itu melarikan diri.
Tambahan pula, polis berjaya merampas sebilah pisau berhulu hitam yang ditinggalkan di tempat kejadian sepanjang 25 sentimeter yang dipercayai digunakan oleh remaja tersebut.
Hasil siasatan lanjut mendapati bahawa remaja tersebut adalah anak sulung kepada empat adik beradik dan mereka bukan dari kalangan keluarga yang bermasalah.
“Remaja lelaki itu ditahan jam 10 malam tadi selepas dua jam laporan polis dibuat pemandu e-hailing pada jam 8 malam tadi,” katanya sambil menambah pemandu e-hailing tidak cedera.
SUMBER : BERITA HARIAN



