Nasional

PerantiSiswa Keluarga Malaysia Tablet Untuk Siswa B40

PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah salah satu inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih yang mana telah mula diedarkan pada 3 September 2022 dalam usaha untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi(IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40.

Menteri K-KOMM, Tan Sri Annuar Musa mengatakan bahawa peranti itu diagihkan kepada mereka yang layak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Universiti Teknologi MARA (UITM).

Satu pakej lengkap Tablet Samsung model terkini, casing, keyboard dan stylus pen akan
disediakan kepada pemohon yang diluluskan.

Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberikan terus tablet tersebut secara percuma kepada penerima – penerima perantiSiswa. Hal ini ditegaskan adalah sebagai salah satu bentuk penghargaan dan pemangkin kepada para pelajar untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam pembelajaran.

Syarat dan Kelayakan PerantiSiswa Keluarga Malaysia

a. warganegara Malaysia;
b. Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 ke bawah;
c. Sedang mengikuti pengajian di peringkat Tingkatan 6, Asasi, Matrikulasi, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi,
Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kementerian Pelancongan , Seni dan Budaya Malaysia;
d. Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
e. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
f. Tidak pernah menerima bantuan peranti dari mana-mana program di bawah Kerajaan.

Tarikh Permohonan

Permohonan PerantiSiswa dibuka kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

Untuk permohonan PerantiSiswa fasa 2, Kerajaan akan memperluaskan Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada empat lagi kategori penerima.

Tan Sri Annuar Musa berkata, perluasan inisiatif ini merangkumi golongan dibawah
a. Pelajar Asasi di Institut Pengajian Tinggi Awam
b. Pelajar Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM)
c. Pelajar Semester 1 dan 2 atau Tingkatan 6 di sekolah menengah
d. Pelajar Diploma di Kolej Vokasional

Permohonan fasa 2 akan dibuka sehingga 30 september 2022.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;

https://perantisiswa.kkmm.gov.my

Related Articles

Back to top button