Nasional

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kepala Batas di Masjid Abdullah Fahim

Pada isnin yang lepas, beliau berkesempatan menyambut juga memperingati hari kelahiran Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW bersama Keluarga Kepala Batas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kepala Batas di Masjid Abdullah Fahim.

Sambutan Maulidur Rasul ini amat besar hikmatnya. Ini merupakan antara nikmat dan rezeki yang Allah anugerahkan kepada kita, dan di Kepala Batas, ia juga merupakan tradisi tahunan sejak daripada pemimpin sebelum saya lagi iaitulah Ayahanda Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pemimpin terdahulu.

Menurutnya ” Tahun ini amat meriah sekali sambutan. Saya ingin rakamkan ucapan berbanyak terima kasih di atas penyertaan lebih 50 kontinjen terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan, qaryah masjid dan surau, UMNO Bahagian dan Cawangan serta orang awam yang hadir sejak dari awal pagi lagi.”

Dimulakan dengan perarakan memperingati junjungan besar kita, Rasulullah SAW. Seterusnya sambutan diteruskan dengan ceramah, selawat dan tawasul serta penyampaian anugerah Tokoh (Kepimpinan, Kemasyarakatan, Pendidikan dan Dakwah) Maulidur Rasul Tahun 2022.

Tahniah juga kepada pihak penganjur, pusat khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas, UMNO Kepala Batas, Jawatankuasa Masjid Abdullah Fahim serta seluruh Keluarga Besar Kepala Batas.

Dato’ Sri Reezal Merican juga menghargai kehadiran YB Dato’ Muhamad Yusoff Mohd Noor, ADUN Sungai Dua; En Zulkifli Rashid, Pegawai Daerah Seberang Perai Utara merangkap Pengerusi Masjid Abdullah Fahim; Datuk Azman Ibrahim, Pengarah Pejabat Pembangunan Pulau Pinang, ICU JPM; Dato’ Mohd Shuhaily Mohd Zain, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang; Dato’ Seri Mohd Nazri Md Sharif, CEO PR1MA Corporation; Dato’ Hj Roslan Saidin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Hj Shariful Azhar Othman, Wakil Ahli Parlimen (DUN Bertam), Dato’ Ahmad Darus, Wakil Ahli Parlimen (Dun Pinang Tunggal) dan Ustaz Mohd Naim Hj Salleh, Wakil Ahli Parlimen (DUN Penaga) dan Pengerusi-Pengerusi Qaryah Masjid dalam Parlimen Kepala Batas.

Related Articles

Back to top button