
pelaksanaan Akta 588 (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) dilihat sebagai langkah penting dalam melindungi golongan ini daripada ancaman tersebut.
Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Daerah Pekan, Rozilawati Mohamed berkata, penguatkuasaan akta ini bukan sahaja menumpukan kepada hukuman tetapi juga melibatkan kerjasama pelbagai pihak untuk menjaga keselamatan kanak-kanak.
Akta ini memperuntukkan Seksyen 233, yang menghukum penggunaan media sosial untuk menyebarkan kandungan lucah, tidak senonoh atau mengancam.
Hukuman berupa denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun boleh dikenakan terhadap pelaku yang terlibat dalam eksploitasi seksual kanak-kanak.
Melalui peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), aktiviti dalam talian yang mencurigakan dapat dikesan menggunakan teknologi seperti algoritma kecerdasan buatan (AI).
“Ini membantu mengesan kata kunci atau aktiviti berisiko, seterusnya membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan pantas,” tambah beliau.
Sebagai penutup, Rozilawati berharap keutamaan diberikan kepada perlindungan kanak-kanak melalui penguatkuasaan tegas terhadap Akta 588.
“Keselamatan kanak-kanak adalah tanggungjawab kita bersama. Akta ini perlu terus diperkasakan untuk memastikan masa depan mereka terjamin,” tegasnya.



