Nasional

Majlis Pelancaran Transformasi Pasar Malam Peringkat Negeri Kelantan

Pada 14 Oktober yang lalu, Majlis Pelancaran Tranformasi Pasar Malam Peringkat Negeri Kelantan disempurnakan oleh YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mewaliki Menteri KPKT Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican melancarkan PTPM peringkat negeri Kelantan pada 14 Oktober 2022 (Jumaat) jam 4.30 petang bertempat di Tapak Pasar Malam, Jalan Kweng Umat, Machang, Kelantan.

Menurutnya, “Saya berharap pasar malam di pekan Machang ini akan menjadi penanda aras dan contoh kepada pasar-pasar malam di negeri Kelantan memulakan transformasi untuk memberikan imej baru kepada pasar-pasar malam di negeri Kelantan”

Pada 3 Disember 2021, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan RM25j peruntukan bagi pelaksanaan Program Transformasi Pasar Malam di Majlis Perasmian Program Transformasi Pasar Malam Peringkat Kebangsaan di Putrajaya.

Selain itu, KPKT akan terus komited dalam memperkukuhkan tahap kecekapan pengurusan pasar malam/ pasar harian/ pasar tani oleh PBT ke arah penyediaan perkhidmatan perbandaran yang mampan selari dengan aspirasi “Malaysia Berdaya Huni” @ “Liveable Malaysia”.

Related Articles

Back to top button