DSRM potong rambut di Ibalso Barber Kepala Batas

Sebelum nak keluar mengundi esok, petang tadi beliau potong rambut di Ibalso Barber, kedai gunting rambut kepunyaan anak jati Kepala Batas.
Menurutnya “Saya bangga mendengarkan kisah kejayaan Mohd Anwar Alharis bin Mohd Azmal yang boleh menjadi inspirasi kepada anak-anak muda kita untuk membuka perniagaan sendiri.”
Kerana itu juga dalam Ikrar Aku Janji Demi Kepala Batas, beliau bawa Agenda Anak Muda yang antaranya mempergiat program berteraskan keusahawanan dan penyediaan peluang perniagaan, dimana mahu anak-anak Kepala Batas berdaya saing dan mampu mengorak langkah mencipta kejayaan sendiri.
Perniagaan Ibalso Barbershop telah beroperasi sejak 2019 lagi disamping pusat rawatan PUSRATU yang Anwar usahakan bersama rakan kongsi.
Servis di sini amat baik. Semua ‘barber’ merupakan anak jati Kepala Batas – memulakan latihan selepas tamat persekolahan.



