Hiburan

Letih asyik dapat watak rebut lelaki, Fazura buka syarikat produksi sendiri

PELAKON Fazura tampil dengan karya sendiri iaitu Adinda dan Kakak Kita ke Jakarta yang mendapat sentuhan pengarah Bahri Umararif selepas berasa letih apabila ditawarkan watak merebut lelaki.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, berkata, dua filem pendek terbitan Fazura Pictures itu merupakan caranya untuk melepaskan rasa rindu terhadap lakonan memandangkan sudah lama tidak berlakon.

“Saya pun dah lama tak berlakon, kenapa saya tak nak berlakon kerana watak yang ditawarkan itu sama sahaja.” Saya tak nak buat dah.

Bukan nak riak (tawaran lakonan yang diterima) tapi sedih setiap kali dapat tawaran watak yang sama sahaja iaitu berebut lelaki sahaja. Sebab itulah saya dah lama tak berlakon.

Fazura berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaan koleksi Aidifiltri Fazura 2023 yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fazura berkata dia mahu memartabatkan kaum wanita di dalam karyanya memandangkan terlalu banyak drama yang berasaskan penyondol.

Fazura juga berharap agar pihak produksi yang lain mula menghasilkan karya yang mampu mendidik minda penonton di luar sana.

“Memperkasa wanita ini adalah matlamat saya.” Sedih sebenarnya apabila negara kita terlalu banyak keluarkan drama-drama yang ceritanya hampir sama iaitu lelaki direbut oleh dua orang perempuan.

Untuk projek yang akan datang, saya memang akan libatkan pelakon lain juga. Mulakan dari keciI dengan kempen-kempen tudung, lepas ini saya akan kembangkan lagi.

Saya harap dan bercadang untuk membuat filem, telemovie dan sebagainya. Insya Allah, mudah-mudahan impian saya untuk buat lebih banyak lagi di masa akan datang,” ujarnya.

Related Articles

Back to top button