Berita

Sebanyak 4,753 Kompaun Merokok Dikeluarkan Setakat September 2023

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan sejumlah 4,753 kompaun bernilai RM1.2 juta sepanjang bulan September lalu atas kesalah merokok, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Manakala sebanyak 9,848 notis kesalahan dikeluarkan daripada 23,093 premis yang dilawati melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, jelas beliau dalam satu kenyataannya semalam.

Sementara itu, bagi tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 yang bertujuan untuk mencegah dan mengawal penyakit demam denggi, Dr Muhammad Radzi berkata sebanyak 2,566 kompaun bernilai RM1.28 juta telah dikeluarkan dengan purata RM500 bagi setiap kompaun.

Menurut beliau lagi, sejumlah 6,003 premis makanan telah diperiksa pada bulan lepas dengan 176 premis telah diarah tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 iaitu penutupan premis selama 14 hari bagi tujuan pembersihan dan lain-lain tindakan pembetulan.

Dalam kata lain, pegawai pejabat kesihatan diberi kuasa untuk menghentikan operasi mana-mana premis makanan untuk tempoh sekurang-kurangnya 14 hari, seandainya timbul isu mengenai kebersihan di premis tersebut.

“Tindakan penutupan sementara premis makana yang dikuatkuasakan oleh KKM adalah sebagai suatu langkah untuk menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Related Articles

Back to top button