Berita

Kerajaan MADANI Terus Fokus Tingkat Kualiti Hidup Rakyat

KUALA LUMPUR, 25 Jul – Seluruh rakyat Malaysia wajar menyambut baik pengumuman besar yang bakal dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diyakini akan terus memacu kualiti hidup rakyat ke tahap lebih baik.

Kerajaan MADANI di bawah pimpinan PM Anwar jelas membuktikan keprihatinannya terhadap kebajikan rakyat dengan melaksanakan pelbagai inisiatif yang realistik, berkesan dan berpaksikan kesejahteraan rakyat terbanyak.

“Pengumuman ini adalah bukti bahawa kerajaan tidak pernah leka atau alpa dalam memahami denyut nadi rakyat. Segala dasar yang digubal adalah untuk memastikan rakyat tidak terbeban dan masa depan negara lebih terjamin,” kata seorang penganalisis politik.

Malah, rakyat kini semakin yakin dengan keupayaan PM Anwar untuk memacu ekonomi negara, menarik lebih banyak pelaburan asing, serta memastikan peluang pekerjaan lebih luas diwujudkan.

Kerajaan MADANI adalah kerajaan kerja, bukan kerajaan slogan. Setiap langkah yang diambil adalah untuk membina Malaysia yang makmur, inklusif dan sejahtera buat semua.

Related Articles

Back to top button