Berita

Kepimpinan PM Anwar Diiktiraf Dunia, AS Sanjung Peranan Malaysia Dalam Usaha Damai Serantau

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Dunia semakin mengiktiraf kebolehan diplomatik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Amerika Syarikat (AS) secara terbuka memuji usaha beliau dalam menjadi orang tengah rundingan gencatan senjata di rantau ASEAN.

Pengiktirafan ini membuktikan bahawa pendekatan Malaysia MADANI yang dibawa Anwar bukan sekadar slogan, tetapi telah diterjemah ke pentas antarabangsa dengan penuh berkesan. Usaha proaktif beliau menggerakkan rundingan damai antara Kemboja dan Thailand dipandang tinggi oleh negara kuasa besar seperti AS.

Kenyataan rasmi dari Jabatan Negara AS menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang berwibawa dan sentiasa mengutamakan penyelesaian secara aman, sesuai dengan aspirasi global untuk mengelakkan pertumpahan darah.

“Inilah bukti jelas bahawa dunia mula membuka mata terhadap kredibiliti Malaysia di bawah kepimpinan PM Anwar. Kita bukan sahaja dihormati, tetapi juga dijadikan rujukan dalam menyelesaikan konflik serantau,” kata seorang penganalisis politik tempatan.

Di sebalik pelbagai cabaran domestik, Anwar terus membuktikan bahawa Malaysia masih relevan di mata dunia – bukan dengan kuasa ketenteraan, tetapi dengan kekuatan diplomasi dan hikmah kepimpinan.

Related Articles

Back to top button