Sukan

Baju rasmi Kontinjen Malaysia untuk Olimpik 2024 didedahkan, netizen luah rasa kecewa

KUALA LUMPUR – Dua hari yang lepas, Olympic Council of Malaysia telah mengumumkan baju rasmi yang akan dipakai kontinjen dan atlet Malaysia untuk pertandingan Olimpik 2024 dan sebahagian besar dari netizen meluahkan rasa kecewa dan hampa.

Pakaian rasmi tersebut dilancarkan di The Exchange TRX dan seragam rasmi itu dilengkapkan dari kepala hingga kaki dengan pakaian bertema emas untuk mencerminkan usaha Malaysia yang tidak henti-henti mengejar pingat emas yang sukar dicapai di Sukan Olimpik.

Kenapa netizen kecewa dan hampa ?

Pertama sekali, ramai netizen bersuara di dalam ruangan komen atas beberapa sebab. Antaranya ialah ;

Corak harimau tidak menonjol

Seperti yang dilihat dalam gambar di atas, ketiga-tiga baju tersebut tidak mempunyai reka bentuk ataupun corak harimau yang ketara dan menonjol, lebih-lebih lagi baju yang berada di tengah itu.

SUMBER : @_mirrahhh di platform X

Kerana apabila baju tahun ini dibandingkan dengan baju yang pernah dipakai oleh kontinjen Malaysia pada Olimpik edisi-edisi yang terdahulu, ia menunjukkan banyak perbezaan bak kata netizen.

Corak harimau lebih jelas terpampang dibaju-baju terdahulu berbanding baju yang baru tersebut.

Warna bendera Malaysia ditukar

Menurut Olympic Council of Malaysia, baju tersebut bertemakan emas kerana usaha Malaysia masih diteruskan untuk mencari pingat emas pertama di Olimpik.

Meskipun begitu, timbul rasa tidak puas hati oleh netizen apabila bendera itu seakan-akan hilang identiti kerana warna merah, putih, biru dan kuning yang sinonim dengan Jalur Gemilang itu lenyap dari bendera tersebut.

Respons Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh

Sumber : Hannah Yeoh di Platform X.

Hannah Yeoh menjelaskan bahawa pakaian kontinjen itu adalah tanggungjawab dibawah Olympic Council of Malaysia dan ia merupakan hasil kerjasama dengan Yonex.

Beliau juga menambah kenyataanya dengan mengatakan ia di luar bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan.

Apa pendapat anda tentang baju kontinjen Malaysia untuk Olimpik 2024 ?

SUMBER : LOBAK MERAH

Related Articles

Back to top button